Sunday, July 25, 2010

DULU GERUN, SEKARANG JAMBU

Betapa anak yang masih dibangku sekolah seperti tidak percaya apabila si ayah bercerita, Malaysia dulu pernah menewaskan jepun dan korea selatan hanyalah ratahan pasukan Negara.

Tak mustahil pun jika kita bercerita perihal bola sepak dengan anak generasi kita kini, pastinya mereka secara tidak sengaja dan terkejut badaknya jika kita katakan pada mereka pasukan bola sepak Negara satu ketika dahulu pernah mengalahkan Arsenal, Chelsea, Everton serta seri dengan England (1-1), Sementara pasukan Selangor iaitu pasukan paling banyak menjuarai Piala Malaysia dan piala FA hanya tewas pada Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona ketika itu.

Malah ketua pasukan England, Kevin Keegan pernah menjadi ketua pasukan (jurulatih kot) Harimau Malaya. Selain itu pasukan Negara juga pernah membuat pasukan German resah apabila diikat 0-0 pada separuh masa pertama ketika pembukaan sukan Olimpik di Munich, German barat pada 1972.

Malangnya dalam perlawanan yang disaksikan seluruh pelusuk dunia itu kita tewas 0-3, tetapi sebelum perlawanan tersebut Harimau Malaya telah membelasah pasukan Amerika Syarikat juga dengan kemenangan 3-0.

Dua tahun kemudian German yang diterajui Franz Beckenbauer (The Kaiser) muncul juara piala Dunia 1974.

Beralih pada Era kini, era minyak naik selepas pilihan raya. Usahkan nak lawan jerman, nak lawan China pun kita takut. Dengan korea selatan lagi r.. baik pertandingan mahu pun persahabatan.. Malaysia separuh mati bertahan. Itu pon bolos jugak. (Piala Asia)

Menilai psikologi era Harimau Malaya, belum pun menentang kita, pasukan lawan sudah cuak dan goyang. Siapa tak takut dan gerun melihat wajah Isa Bakar, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shahruddin Abdullah serta Ali Bakar dengan misai melenting selain Mokhtar Dahari yang bertubuh tegap, pasukan lawan sudah kecut perut ...

Imbas kembali pemain negara kita sekarang, banyak yang jambu2.. dengan rambut ala2 artis..

Apapun, bola sepak kita masih ada peluang untuk kembalikan kegemilangan dulu, asalkan setiap pemain cekal, gigih serta faham bahawa yang dipertaruhkan selepas menyarung jersi adalah maruah Negara dan bukan habuan atau bonus atas tiket pemain Negara.

Berilah sokongan pada Negara kita. Kita saja penghidup dan penggerak mati bangun Bola Sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment